DISCOUNT Up To 25% For SOLIDEA Products Save Now!
Cart 0

Langsing Dengan Far Infra Red Dari Solidea

Langsing Dengan Far Infra Red Dari Solidea

Fabrik dengan Far Infra Red Rays – FIR merupakan salah satu produk premium dari Solidea yang mementingkan kualiti dan keberkesanan produk.

FIR sememangnya terkenal sebagai satu rawatan terapi untuk meningkatkan kesihatan diri dan menurunkan berat badan. Keberkesanannya dalam menurunkan dan mengawal berat badan telah terbukti dalam satu ujian klinikal yang dijalan di USA. Ianya satu alternatif rawatan anti selulit yang selamat, murah dan berkesan.

 

Bagaimana Far Infra Red Rays Menurunkan Berat Badan

Terapi anti selulit menggunakan FIR bertindak dalam 2 cara iaitu “bioenergetics” dan aliran darah.

Bioenergetics – Terapi FIR akan merangsang “mitochondria” dalam sel lemak. “Mitochondria” yang dirangsang akan meningkatkan aktiviti pengoksidaan glukosa dalam tubuh. Ini disebabkan gelombang cahaya FIR yang dikeluarkan antara 600nm dan 1000nm akan merangsang enzim “key copper” dalam sel-sel tubuh. Kesannya, lebih banyak tenaga selular dihasilkan dan lebih banyak glukosa dalam badan terbakar. Ini akan meninggalkan sel yang kurang tekanan dan lebih sihat. Peningkatan tahap metabolism badan merupakan satu kunci utama dalam proses menurunkan berat badan.

Aliran Darah – Sinar FIR dapat memperbaiki aliran darah di bahagian sinar FIR dilepaskan. Ini akan menggalakkan sel menghasilkan lebih banyak tenaga dan meningkatkan tahap kesihatan aliran darah mikro. Alirah darah mikro yang baik memudahkan lebih banyak nutrien diserap oleh badan bagi meningkatkan kesihatan.

 

Dengan gabungan FIR dan Graduated Elastic Compressions dalam produk-produk Solidea, sel-sel lemak di tubuh akan mengecil dan seterusnya mengurangkan selulit di bahagian seperti perut, lengan, peha, pinggul dan punggung dengan berkesan dan selamat. Langsing Dengan Far Infra Red Dari Solidea bukan mustahil kerana gabungan teknologi fabrik yang terbukti berkesan.

 

Selamatkah FIR?

Terapi FIR adalah alternatif yang selamat dan murah serta tidak membahayakan kesihatan tubuh. Disamping menyingkirkan lemak di badan, rawatan ini juga dapat mengurangkan ukuran saiz badan dengan ketara. Rawatan ini juga menjadikan kulit lebih licin dan tidak menggelebar.

Salah satu kesan rawatan ini ialah selera makan yang akan berkurangan. Ini tidak bermakna sesuatu yang tidak baik kerana tubuh akan dibiasakan untuk hanya makan mengikut keperluan dan tidak makan berlebihan. Apabila tubuh hanya menerima makanan yang mencukupi untuk keperluan harian, lemak tidak akan berkumpul dalam badan. Ini akan mempercepatkan proses penurunan berat badan kerana tubuh hanya akan membakar glukosa yang ada dalam badan.

 

Dengan Red Wellness 70 Den Leggings yang dilengkapi FIR dan Graduated Elastic Compression, pengguna bukan saja dapat menurunkan berat dan menghilangkan selulit, malah kesihatan akan bertambah baik. Lengging ini mampu menyingkirkan lemak dan selulit di bahagian perut, peha, pinggul, punggung, pinggang dan betis.

Persijilan CE bagi Solidea membuktikan Red Wellness 70 Den Leggings adalah selamat dan berkesan digunakan sebagai rawatan anti selulit.

SM03-2 - Copy.JPEG

Berminat nak dapatkan Red Wellness 70 Den Leggings? —> BELI DI SINI



Older post Newer post