DISCOUNT Up To 25% For SOLIDEA Products Save Now!
Cart 0

Pengiktirafan Solidea Di Seluruh Dunia

Solidea mementingkan keselamatan, kualiti dan keberkesanan produknya. Pengiktirafan Solidea di seluruh dunia adalah lambang kepada kualiti tinggi jenama Solidea.

ISO 9001:2008 Untuk Pengurusan Kualiti Produk (Quality Management)

Pensijilan ini bermakna setiap produk Solidea yang masuk ke pasaran perlu mencapai kualiti yang ditetapkan. Ini bermakna pengguna hanya akan menerima produk yang berkualiti tanpa kompromi.

Jadi Solidea sememangnya pilihan yang tepat sebagai produk pelangsingan kerana produk yang berkualiti akan memberi kesan yang positif apabila digunakan.

1520523745570.JPEG

EN/ISO 13485:2012 Untuk Sistem Kualiti Produk Perubatan (Medical Device Quality System)

Produk berkaitan perubatan mempunya standard pengeluaran lebih ketat. Dengan sijil ini, bermakna Solidea sangat menitikberatkan keselamatan penggunanya terutama berkaitan kesihatan.

Produk Solidea bukan sahaja untuk kecantikan tubuh, malah memberi manfaat pada kesihatan tubuh secara keseluruhannya.

IMG_4518.jpg

EC Medical Device Class 1 (93/42) Untuk Produk Berkaitan Kesihatan

Produk Solidea mempunyai persijilan CE Medical Device Class 1 (93/42) sebagai jaminan kesihatan dan keselamatan. Ini membolehkan ianya dijual sebagai produk berkaitan kesihatan mengikut undang-undang European Economic Area (EEA) dan seluruh dunia.

Syarat ketat untuk mendapatkan sijil ini bermakna Solidea tidak berkompromi dalam keselamatan penggunanya. Solidea perlu mematuhi semua syarat termasuklah semasa pembuatan produk dan kesannya pada alam sekitar. Jadi sememangnya produk SOLIDEA tidak boleh diragui dari segi keselamatan dan keberkesanannya. Kerana itu ia juga menjadi saranan ramai doktor dan dijual di pelbagai farmasi seluruh Eropah, USA, Kanada, Australia dan negara-negara Asia.

IMG_4462.jpg

Standard 100 Oeko-Tex Untuk Keselamatan Tekstil Produk

Keselamatan Pengguna adalah keutamaan Solidea!

Sistem pengujian dan pensijilan Standard 100 Oeko-Tex diberikan kepada Solidea oleh International Association of Textile Research and Test Institutes yang merupakan satu kelebihan pada produk Solidea dan jaminan kualiti fabric terbaik kepada pengguna.

Persijilan ini bermakna produk Solidea tidak karsinogenik, tidak menyebabkan alahan serta kerengsaan dan paling penting tidak membahayakan kepada kesihatan manusia secara umumnya. Standard 100 Oeko-Tex merupakan label yang paling penting dalam industri tekstil.

IMG_4461.jpg

Pengiktirafan Solidea Di Seluruh Dunia bermakna Solidea mengikuti proses pembuatan yang mengikut piawai ditetapkan, mengawal kualiti setiap unit produk dan hanya menggunakan bahan mentah yang mempunyai pensijilan keselamatan sahaja.

Dengan penyelidikan atas bahan mentah yang berkualiti premium, proses pengeluaran yang teliti dan berteknologi canggih, kawalan kualiti produk yang berterusan dan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan inovatif, Solidea mampu menjadi jenama utama dunia.

Solidea mampu menjadi penyelesaian yang menjadi trend dan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan seluruh dunia. Tidak hairanlah Solidea mampu menapak di 70 buah negara dan 15,000 pusat jual di seluruh Eropah sahaja.

 

Nak LANGSING DENGAN MUDAH & SELAMAT? KLIK SINI



Older post Newer post