Dropshipping Program NOW OPEN! Register Now!
Cart 0

Sistem Aliran Darah & Kesihatan Tubuh

Kenali Sistem Aliran Darah & Kesihatan Tubuh Anda

Darah kita mengalir dalam aliran tertutup. Darah diisi semula dengan oksigen semasa berada dalam paru-paru dan kemudian dialirkan ke organ-organ tubuh melalui arteri. Organ-organ ini akan menyimpan oksigen dan nutrien yang terdapat dalam darah dan melepaskan sisa dari aktiviti organ tersebut ke dalam darah. Darah yang telah melepaskan oksigen akan kembali semula ke paru-paru untuk diisi semula dengan oksigen.

Tunjang utama di sebalik sistem kardiovaskular ialah jantung yang mengepam darah beroksigen melalui arteri. Pembuluh darah akan membawa darah tanpa oksigen dari zon peripheral ke jantung.

Kita akan memberi tumpuan pada urat darah di bahagian bawah tubuh yang dikenali sebagai:

  • superficial veins (epifascial or superficial veins)
  • deep veins (subfascial, in muscular interstices)

IMG_5288 - Copy.JPG

Aliran darah yang tidak normal boleh disebabkan oleh:

  • Melakukan aktiviti yang banyak melibatkan berdiri dalam tempoh lama
  • Kurang pergerakan tubuh atau gaya hidup pasif
  • Berat berlebihan
  • Otot urat atau tisu bersambung yang lemah
  • Kehamilan
  • Faktor hormon

Dengan pertambahan usia, gaya hidup yang kurang sihat, kehamilan, genetik keluarga dan masalah hormon, dinding urat akan mula melebar, hilang keelastikan dan tidak lagi kelihatan normal. Sistem perjalanan darah akan mula terganggu dan darah akan sukar dialirkan kembali ke jantung. Ini memberi kesan pada bahagian kaki yang mudah terganggu seperti pergelangan kaki dan betis dan menyebabkan rasa letih dan berat serta bengkak pada kaki.

Otot kaki memainkan peranan penting dalam aliran darah dalam urat. Apabila otot dalam keadaan normal, ia dapat memampatkan urat dan mengalirkan darah dengan lancar ke jantung. Injap vena berfungsi supaya darah dapat mengalir dalam satu arah.

IMG_5287 - Copy.jpg

Aliran darah yang tidak normal boleh menyebabkan:

  • Telangiectasia Or Known As Spider Veins (Saluran darah yang menjadi luas berhampiran permukaan kulit atau membran mukus)
  • Venous Reflux (Aliran darah yang terhalang dan menyebabkan darah berkumpul di kaki)
  • Varicose Veins (Urat darah yang membengkak dan berpintal terutama di bahagian kaki)
  • Venous Thrombosis (Darah beku yang terhasil dalam urat darah)
  • Ulcer (Ulser kaki yang biasanya terjadi dalam pergelangan kaki)
  • Cellulite (pengumpulan lemak di bawah kulit)

Solidea mempunyai pelbagai produk yang dapat membaiki dan mengekal aliran darah yang baik bagi mengelakkan berlakunya masalah-masalah seperti di atas. Dengan teknologi  3D Micromassage Magic dan Graduated Elastic Compression, Solidea bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan, malah mencantikkan tubuh badan.

Antaranya:

(Recommended) Silver Wave High Waist Short – Untuk atasi masalah selulit, lemak berlebihan dan aliran darah tidak normal sekitar peha hingga bawah dada.

(Recommended) Silver Wave Strong – Untuk atas masalah selulit, lemak berlebihan dan aliran darah tidak normal sekitar lutut hingga paras pusat.

Red Wellness 70 Den Legging – Untuk mengelakkan masalah selulit, lemak berlebihan dan aliran darah tidak normal sekitar pergelangan kaki hingga paras pusat.

Dapatkan produk yang bersesuaian dengan masalah anda di sini: KLIK SINI



Older post Newer post