DISCOUNT Up To 25% For SOLIDEA Products Save Now!
Cart 0

Venous Insuffiency – Vena Tidak Normal

Venous Insuffiency – Vena Tidak Normal

Apa Itu Venous Insuffiency?

Arteri membawa darah dari jantung ke seluruh tubuh. Vena (urat darah) membawa darah kembali semula ke jantung. Injap (valves) dalam vena menghalang darah mengalir kembali ke belakang dan memastikan darah mengalir hanya dalam satu arah. Apabila vena tidak dapat mengalirkan darah dari organ kembali ke jantung, ia dikenali sebagai vena tidak normal (venous insuffiency). Dalam keadaan ini, darah yang tidak kembali ke jantung akan berkumpul pada vena di kaki.

IMG_5287 - Copy.jpg

Banyak punca boleh menyebabkan “venous insuffiency”, tetapi paling banyak terjadi disebabkan pembekuan darah (thrombosis) dan urat bersimpul (varicose veins). Walaupun ia boleh terjadi disebabkan keturunan, masih ada cara untuk mengelakkannya dari terjadi. 

Penyebab utama keadaan vena yang tidak normal ialah adanya sejarah pembekuan darah dan urat bersimpul. Apabila aliran darah terhalang seperti dalam kes pembekuan darah, darah akan berkumpul dalam pembuluh darah dan menyebabkan “venous insuffiency”. Dalam kes urat bersimpul, injap yang rosak akan menyebabkan darah mengalir ke belakang semula dan gagal kembali ke jantung untuk diisi dengan oksigen semula. Dalam sesetengah kes, kelemahan otot kaki yang memaksa darah mengalir juga boleh menyebabkan “venous insuffiency”.

IMG_5288 - Copy.JPG

“Venous Insuffiency” mudah menyerang wanita berbanding lelaki. Berdasarkan kajian University of Chicago Medical Centre, wanita berumur 40 – 49 dan lelaki berumur 70 – 79 paling kerap mengalami masalah ini. Faktor risiko lain ialah:

  • Pembekuan darah (thrombosis) 
  • Urat bersimpul (varicose veins)
  • Berat badan berlebihan
  • Merokok
  • Mengandung
  • Kanser
  • Otot lemah, kecederaan kaki atau trauma
  • Bengkak pada “superficial veins” (urat paling dekat dengan permukaan kulit) atau phlebitis.
  • Sejarah keluarga yang mengalami “venous insuffiency”.
  • Kurang bergerak (duduk atau berdiri dalam tempoh lama tanpa bergerak boleh menyebabkan tekanan darah tinggi pada urat di bahagian kaki dan meninggikan risiko anda)

Simptom-simptom “Venous Insuffiency:

  • Bengkak di kaki, pergelangan kaki dan betis (edema)
  • Rasa sakit yang semakin teruk apabila berdiri dan berasa lega apabila meletakkan kaki ke atas.
  • Kerap berasa kebas dan kejang kaki
  • Sakit dan kaki berasa berat
  • Kaki berasa gatal dan lemah 
  • Kulit di bahagian kaki dan pergelangan kaki menebal
  • Perubahan warna kulit terutama di bahagian pergelangan
  • Ulser kaki
  • Urat bersimpul dan menebal
  • Rasa kebas di bahagian betis

Rawatan Untuk “Venous Insuffiency”:

Rawatan yang paling biasa digunakan ialah pemakaian stoking “graduated compression”. Stokin elastik ini akan memberi tekanan lembut pada bahagian kaki dan pergelangan kaki. Ini akan membaiki aliran darah dan mengurangkan bengkak pada kaki. Stokin ini mempunyai pelbagai jenis tekanan yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi. Pemakaian stoking ini ialah cara paling mudah, selamat dan menjimatkan.

1527101167421 - Copy.JPEG

Antara produk Solidea yang kami sarankan untuk rawatan ini ialah:

Red Wellness 70 Den Legging

Miss Relax 100 Den Sheer Stocking

Relax Unisex 70 Den Stocking

Selain itu, rawatan dengan pengambilan ubat dan pembedahan juga boleh dilakukan bagi masalah kronik.

Cara Mengelakkan “Venous Insuffiency”:

  • Elakkan dari duduk atau berdiri dalam satu posisi untuk tempoh lama. Sesekali perlu bergerak dan berjalan untuk melancarkan peredaran darah.
  • Jangan merokok. Jika anda merokok, cuba untuk berhenti.
  • Kerap bersenam.
  • Kekalkan berat badan yang sihat.


Older post