Dropshipping Program NOW OPEN! Register Now!
Cart 0

FAQ: Frequently Asked Questions

Adakah produk Solidea dijual ini original?

Ya, semua produk Solidea yang dijual melalui www.ralsshoppe.com atau dijual oleh Rals Dynamic (001983158-A) adalah original dan diambil terus dari kilang Calzificio Pinelli SRL di Itali.

Apakah perbezaan antara Solidea dan pakaian pelangsingan lain?

Semua produk Solidea dihasilkan di fasiliti yang mempunyai persijilan ISO untuk Pengurusan Kualiti (Quality Management) dan Sistem Kualiti Produk Perubatan (Medical Device Quality System). Jadi kualiti premium dalam produk Solidea tidak boleh disangkal lagi.

Solidea juga mempunyai sijil EC Medical Device Class 1 (93/42) yang hanya boleh diperolehi dengan syarat ketat dan perlu lulus ujian yang hanya boleh dilakukan oleh badan bertauliah sahaja. 

Ia juga menepati Experimental European Standards UNI ENV 12718 bagi Graduated Elastic Compression. Kerana itu Solidea mempunyai jaminan keselamatan dan disarankan doktor bagi menghalang, mengawal dan proses penyembuhan beberapa penyakit berkaitan salur darah.

Solidea turut mempunyai persijilan Standard 100 Oeko-Tex untuk keselamatan fabrik bagi memastikan pengguna merasai keselesaan dan tidak mengalami kesan negatif dari pemakaian produk Solidea.

Adakah Solidea berkesan menurunkan berat badan?

Ya, produk Silver Wave dengan Micromassage Magic dari Solidea dapat menurunkan berat badan kerana fabrik “3D Micromassage Magic” yang akan memecahkan selulit dengan urutan mikro. 

Produk dengan fabrik Far Infra Red (FIR) dan Graduated Elastic Compression juga efektif dalam mengurang, mengawal dan menghalang selulit dari terjadi.

Pengguna disarankan membuat senaman ringan atau aktiviti fizikal bersesuaian ketika memakai produk dengan Silver Wave Micromassage Magic dan Far Infra Red ini untuk kesan pelangsingan lebih pantas.

Kesemua produk Solidea adalah jenis Graduated Elastic Compression mengikut Experimental European Standards UNI ENV 12718.

Bolehkah memakai seluar pelangsingan Solidea ketika datang bulan?

Tidak digalakkan kerana tubuh perlukan “rehat” ketika datang bulan. Ini juga bagi mengelakkan gangguan pada aliran darah haid.

Bolehkah memakai seluar pelangsingan Solidea selepas bersalin?

Ya, boleh dipakai selepas darah nifas kering bagi bersalin normal dan selepas 30 hari bagi bersalin secara pembedahan. 

Bolehkah memakai seluar pelangsingan Solidea tanpa seluar dalam?

Ya, boleh kerana terdapat lapisan kain kapas pada bahagian intim seluar ini untuk keselesaan dan kebersihan pemakai.

Bolehkah produk Solidea merawat masalah varicose veins (urat berpintal)?

Ya, Silver Wave Strong dari Solidea dapat merawat masalah varicose veins dan menghalangnya dari terjadi semula. Ini kerana semua produk Solidea adalah kategori “graduated compression” iaitu mempunyai daya tekanan yang mengikut standard keselamatan ditetapkan.

Kenapa perlu bersenam ketika memakai seluar pelangsingan Solidea?

Micromassage Magic dapat bertindak lebih optimum jika dipakai ketika melakukan aktiviti fizikal. Sama ada bersenam, mengemas rumah, atau sekadar berjalan-jalan, urutan mikro ini akan bertindak pada tubuh. Lebih aktif sesuatu aktiviti dilakukan, lebih pantas Micromassage Magic bertindak dan memberi kesan positif pada tubuh.

Adakah perlu menjaga pemakanan ketika rawatan menghilangkan selulit menggunakan seluar pelangsingan Solidea?

Ya, pengguna sangat digalakkan menjaga pemakanan untuk kesan lebih baik di samping menjaga kesihatan diri.

Apakah perbezaan antara Silver Wave High Waist Short dan Silver Wave Strong?

Silver Wave High Waist Short (SWHWS):

  1. Untuk pelangsingan yang lebih tertumpu pada abdomen dari di bawah dada hingga separuh  peha.
  2. Sesuai untuk wanita selepas bersalin untuk mngempiskan perut, mempercepatkan penyembuhan luka bersalin dan memberi sokongan pada abdomen dan pinggang.

Silver Wave Strong (SWS):

  1. Untuk pelangsingan yang lebih tertumpu pada abdomen bawah pusat hingga atas lutut.
  2. Sangat berkesan untuk merawat dan menghalang masalah varicose veins pada peha hingga belakang lutut.
  3. Sesuai untuk dipakai ketika bersukan dan bersenam.